Malangnya Melayu itu kuat bersorak, Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai, Sawah sejalur tinggal, sejengkal tanah sebidang mudah terjual, Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali,Sedang orang mencapai timba.. - Petikan nukilan "Usman Awang"
Saturday, December 24, 2011
dilema hassan ali dan pas
1. Baru-baru ini Dr Hassan Ali diserang oleh rakan-rakan PAS terutama dari PAS Selangor dari kiri dan kanan.
2. Saya tertanya apakah yang telah dilakukan oleh Hassan Ali yang menyebabkan beliau diserang sampai begitu. Adakah kerana mempertahankan akidah umat islam?
3. PAS Selangor berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan kredibiliti Hassan Ali kononnnya beliaulah yang telah terkeluar dari landasan perjuangan PAS.
4. Jika dikira di ambil kira dari perjuangan mutakhir PAS, saya akui beliau telah menyimpang dari perjuangan. Tetapi jika di ambil kira dari perjuangan asal PAS ditubuhkan, Hassan Ali layak di gelar pejuang PAS sebenar.
5. Jelasnya, PAS akhir-akhir ini lebih mementingkan konsensus dengan rakan pakatan dari perjuangan asal penubuhan. Itu adalah fakta.
6. Dimana satu ketika dulu negara islam menjadi titipan di bibir ahli PAS, sekarang mereka tidak berani lagi. Jadi saya ingin bertanya seikhlas mana perjuangan negara islam dan hudud PAS ini.
7. Tekaan saya hanya untuk meraih undi pilihanraya.
8. Cara paling mudah untuk menutup kesalahan mereka dalam isu ini adalah menyalahkan UMNO. Jika negara islam tidak berjaya, adalah salah UMNO. Jika hudud tidak terlaksana ia adalah salah UMNO.
9. Perjuangan islam mereka ini adalah retorik jika UMNO adalah alasan. Jika benar PAS berjuang untuk negara islam, mereka akan berjuang waima Malaysia ini di istihar darurat sekalipun.
10. Tetapi sayang, belum sempat berjuang pun, ketua mereka sudah mengumumkan tiada negara islam.

Labels:
hudud,
negara islam,
pas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Andainya Hassan Ali & Nasharudin Mat Isa dipecat oleh PAS.., maka nyatalah bahawasanya:
PAS adalah parti ISLAM pertama di dunia ini yang memecat pemimpinnya dari parti KERANA MEMPERJUANGKAN ISLAM..!
Tak bingung ker benda macam tu..?
pelik tapi benar..
itulah Hassan Ali cakap...realitinya PAS sudah dikuasi oleh mereka yang bukan ulama...
Post a Comment