Showing posts with label dollar. Show all posts
Showing posts with label dollar. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

YUAN, DOLLAR DAN EMAS

1.  Minggu ini matawang China iaitu Yuan mencecah nilai tukaran tertinggi berbanding Dollar Amerika.

2. Antara faktor adalah kerana China menukar pegangan atau simpanan asing mereka termasuk Dollar kepada emas dan lain-lain matawang secara besar-besaran.

3.Seperti diketahui, Amerika dan Eropah berniat untuk melemahkan fungsi emas sebagai matawang rezab antarabangsa. Mereka tidak mahu melihat negara-negara lain beralih kepada emas berbanding Dollar atau Euro.

4.China tanpa mengambil kira faktor sentimen politik atau perniagaan, menukar rezab mereka walaupun mendapat tentangan para peniaga Amerika.

5.Tindakan China ini seolah-olah memperlekehkan pengunaan Dollar sebagai matawang dunia. Dan ini sangat menyakitkan hati Amerika.


6. Ironinya, China masih menambat Yuan kepada Dollar dengan kadar yang rendah yang membolehkan Yuan terus berada nilai yang lebih rendah dari yang sepatutnya dan memberi kelebihan dalam perniagaan global.

7. Satu hari nanti saya pasti matawang Yuan akan mengantikan matawang Dollar sebagai 'reserve currency' dimana ia di gunakan sebagai matawang untuk perniagaan antarabangsa.

8. Amerika sekarang menikmati kelebihan matawang Dollar dimana mereka boleh mencetak sesuka hati mereka tanpa perlu risau akan lambakan yang menyebabkan nilai Dollar merusut.

9. Contoh jika Arab Saudi menjual minyak dengan thailand, maka Thailand perlu membeli matawang Dollar untuk membeli minyak dari Arab Saudi. Dan yang membimbangkan adalah dimana negara-negara Arab ini mempunyai simpanan Dollar mencecah angka trillion.

10. Sebab inilah orang-orang arab kurang bersetuju jika perniagaan antara negara islam dijalankan dalam emas kerana mereka mempunyai simpanan Dollar yang banyak.

11. Dan Malaysia juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan rezab negara yang disimpan dalam bentuk Dollar kepada emas kerana satu masa nanti Dollar akan dilihat hanya seperti kertas yang tiada nilai.