Malangnya Melayu itu kuat bersorak, Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai, Sawah sejalur tinggal, sejengkal tanah sebidang mudah terjual, Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali,Sedang orang mencapai timba.. - Petikan nukilan "Usman Awang"
Friday, October 18, 2013
Kalimah allah
1. Umat islam dinegara ini terus diasak dengan pelbagai isu mengenai agama mereka.
2. Sebelum ini, pelbagai penghinaan menerusi laman sosial oleh orang orang bukan islam.
3. Dan terbaru, kalimah allah.
4. Dalam isu kalimah allah, bukan sahaja orang bukan islam yang menjadi golongan pendesak agar kalimah allah ini dibenarkan digunakan oleh bukan islam, malah segelintir orang islam sendiri turut bersama menjadi golongan pendesak.
5. Dalam isu ini, saya suka untuk menbincangkan hujah2 mengapa segelintir orang islam yang menyokong agar kalimah allah ini digunakan.
6. Tidak perlulah dibincangkan mengapa orang bukan islam mahu mengunakan kalimah allah ini kerana sudah jelas dalam al quran bahawa golongan kafir ini tidak akan redha dengan agama kita selagi kita tidak mengikut cara mereka. Justeru, mereka sentiasa akan akan mencari helah untuk memporak perandakan islam.
7. Saya hairan mengapa ada orang islam sendiri yang beriya iya menyokong isu kalimah allah boleh digunakan oleh bible.
8. Padahal, mereka tahu akan kesannya kepada anak cucu mereka dari segi akidah pada masa akan dating.
9. Saya juga yakin mereka sendiri mengetahui akan niat jahat para pendakwah kristian yang bermatian ingin menggunakan kalimah allah ini.
10. Persoalan ini menjadi tanda tanya dalam diri saya, apakah yang bermain di minda orang melayu sebegini. Adakah mereka mempunyai kepentingan? Adakah mereka tidak mempunyai kekuatan akidah yang kuat. atau mungkinkah apa yang dipanggil oleh orang putih “they are just plain stupid”.
11. Antara hujah yang mereka gunakan dan amat popular adalah orang-orang arab kristian sendiri telah lama menggunakan allah dalam agama kristian mereka.
12. Saya akui, memang benar. Malah sebelum kedatangan islam oleh nabi Muhammad sendiri mereka telah menggunakan akan kalimah allah ini. Mereka menggunakan allah dengan dengan cara yang syirik.
13. Walaubagaimanapon, allah swt telah membetulkan penggunaan nama allah ini dengan mengutuskan nabi Muhammad swt.
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
14. Jadi sebagai umat islam, sebarang perkara yang mengatakan Allah itu bukan “ahad” terbatal sama sendiri
15. Dan yang paling penting perlu dipertahankan keesaan Allah itu.
16. Jadi saya ingin bertanya semula, adakah kamu ingin mempertahankan kalimah Allah agar boleh digunakan oleh bukan islam kerana orang kafir telah lama menggunakan kalimah tersebut?
17. Atau kamu ingin menghalang agar digunakan oleh bukan islam kerana Allah telah berfirman didalam surah al ikhlas.
18. Kata-kata siapa yang lebih besar dalam jiwa kamu? Orang kafir atau firman Allah dalam Alquran.
19. Dan seharusnya, orang arab islam sendiri perlu berjuang mempertahankan keesaan kalimah Allah ini dari dinodai kerana mengapa tidak?firman Allah jelas bukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment