Saturday, October 23, 2010

MELAYU TIDAK PERLU APOLOGETIK

Itu adalah sepetik amanat timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya rasa sudah sampai masanya orang melayu buang sikap apologetik mereka. Orang melayu telah banyak bertolak ansur dan berkorban demi negara tercinta ini. Perjuangan mempertahankan hak-hak orang melayu adalah sesuatu yang benar dan sah.

Jangan sesekali kita setkan didalam minda kita bahawa perjuangan orang melayu adalah luar daripada agama. Malah ia sangat-sangat dituntut. Dengan syarat sentiasa berlaku adil dan saksama. Adil dalam islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berdiri teguh dibelakang perjuangan bangsa dengan lemah-lembut dan berhemah dalam pada masa yang sama sentiasa tegas.

No comments: