Tuesday, October 5, 2010

Nik Aziz Kafirkan UMNO Lagi


Nik Aziz Wali Selipar kebanggaan khawarij PAS kali ini dalam nada yang berkias telah mengkafirkan UMNO .

Kononnya kerana tarbiah PAS mereka lebih Islam daripada orang lain. Petikan dari haprak daily

"Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," katanya dalam pidato sempena Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, malam tadi.
Katanya, akibat itu perjuangan Umno hanya setakat dunia sahaja.

Fitnah dan dakwaan terhadap UMNO menolak Islam memperlihatkan pemikiran dan pemahaman beliau angkuh dan dalam masa yang sama mengkafirkan umat Islam yang lain.

Sebagai seorang wali selipar yang tersohor,beliau dibolehkan mengambil tugas tuhan untuk menghukum mana mana umat Islam yang tidak menganut Isle khawarij PAS.


Justeru adalah tidak mengejutkan wali selipar ini yang amat dipercayai juak khawarij PAS pemegang ekslusif kunci syurga ,mana mana pihak yang tidak disukai oleh beliau akan dihumbankan ke dalam neraka milik khawarij PAS.


Barangkali wali selipar sengaja mahu membutakan hati juak khawarij PAS, dengan fitnah sebegitu agar pada pilihanraya kecil Galas nanti bolehlah beliau mengumumkan sekali lagi jihad Fisabilillah menentang UMNO.


Islam satukan ummah,Pas pecah belahkan ummah.

penulis: jika benar nik aziz ingin menegakkan syiar islam kepada UMNo kunun-kununnya, saya sarankan agar dengan satu cara iaitu 'hikmah'.

sumber: pisau.net

No comments: