Tuesday, October 19, 2010

(article) NEGARAWAN

1. Kebelakangan ini malaysia menghadapi pelbagai krisis dan masalah ekonomi dan politik. Kita semakin bosan dengan berita politik.

2. Kemenangan besar pembangkang nampaknya tidak memberikan jalan keluar kepada kemelut yag di hadapi malah hanya menghuru-harakan nEgara.

3. Bahkan, ahli politik lebih banyak meluangkan masa untuk berpolitik dari menyedari tanggungjawab mereka kepada rakyat.

4.Saya akui percaturan politik penting untuk masa depan dan periuk nasi mereka, tetapi nasib rakyat lebin penting daripada agenda peribadi mereka.sepatutnya.

5. Saya merasa lebih pelik kerana ada ahli politik yang sudah bercakap mengenai PRU13. Saya tertanya adakah tugas seorang ahli politik adalah untuk memastikan kemenangan untuk pilihanraya sahaja. Atau mereka ada amanah yang lebih besar kepada masyarakat.

6. Saya tidak pasti apakah niat sebenar ahli politik dimalaysia, terutama pihak pembangkang yang lebih mengutamakan permasalahan politik mereka berbanding nasib masyarakat dibawah.

7. Jika ahli politik hanya bertanggungjawab seperti pengarah syarikat yang hanya mementingkan diri sendiri dan syarikatnya,saya tidak pasti siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk membantu rakyat malaysia yang dalam kesusahan.

8. Dan siapa pula yang bertangungjawab untuk merencanakan masa depan untuk generasi akan datang jika generasi masakini pon terabai.

9. Pembangkang dimalaysia bersikap hanya mementingkan parti dan kuasa berbanding bertolak ansur bagi menghadapi krisis ekonomi dan politik di malaysia. Kerajaan juga harus menumpukan sepenuh perhatian kepada penyelesaian ekonomi malaysia dan bukan sahaja melayan karenah pembangkang.

10 Ramai rakyat malaysia diberhentikan kerja. Dan dijangka ramai lagi. Nasib para graduan belum tentu. Tapi pemimpin malaysia lebih fokus kepada masalah diri dan parti politik mereka.

11. Saya tertarik dengan kata2 James Freeman Clarke .”A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation”.

12. Jika ahli politik malaysia ingin diingati dan dikenang selama mana malaysia wujud diatas muka bumi allah ini, sepatutnya sasaran mereka bukan menjadi seorang ahli politik yang berjaya tetapi menjadi seorang negarawan yang disanjung.

13. Negarawan; individu yang bukan sahaja memikirkan nasib bangsa pada zamannya tetapi memikirkan nasib generasi akan datang selepas ketiadaannya.

No comments: