Thursday, June 23, 2011

Kerana Takut Dengan DAP, PAS Hanya Boleh Kesal

PAS kesal ADUN DAP S'wak enggan bersongkok


Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri Isnin lalu dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam.

“Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain.

NONE“Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini.

“Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Harian pada halaman utamanya hari ini memaparkan gambar ketua pembangkang Sarawak Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat kerana mendakwa ia bercirikan Islam.

Dalam penerangan gambar itu, menurut akhbar milik Umno tersebut tindakan DAP dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat Sarawak sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas memakainya.


DAH BANYAK KALI CAKAP YANG DAP NIH MEMANG CAUVINIS SIFAT ORANGNYA. YANG PAS NIH TAK PAHAM-PAHAM KENAPA. TAK PAYAHLAH NAK KRITIK PERANGAI ADUN DAP TUH. BUANG AIR LIUR. INGAT DIORANG AMBIK PUSING APA YANG PAS CAKAP. PI RAHHH MABUK


sumber: mymassa