Malangnya Melayu itu kuat bersorak, Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai, Sawah sejalur tinggal, sejengkal tanah sebidang mudah terjual, Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali,Sedang orang mencapai timba.. - Petikan nukilan "Usman Awang"
Wednesday, May 11, 2011
krisis kg sungai kerandang meruncing
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan pada 11 Mei 2011 kecewa dengan sikap dan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang zalim dan kejam terhadap penduduk Kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor yang mahu merobohkan penempatan dan ladang penternakan dan pertanian penduduk.
“Tengoklah tangisan dan rintihan rakyat Selangor hari ini di Kg Sg Kerandang, mereka yang kata sayangkan rakyat, nak merakyatkan negeri ini namun tindakan dan sikap kerajaan negeri ternyata tidak menyebelahi rakyat sebaliknya menkayakan kroni-kroni mereka.
“Dua puluh tahun lebih mereka menduduki dan mengusahakan tanah ini, tempat mereka tinggal, tempat mereka mencari makan, di sinilah keluarga mereka, tetapi hari ini kerajaan negeri mahu menghalau mereka dengan merobohkan penempatan dan ladang-ladang mereka, ke mana mereka nak pergi,” katanya.
Beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan kira-kira 150 orang penduduk Kampung Sungai Kerandang mempertahankan kampung mereka daripada diranapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas arahan kerajaan negeri Selangor.
Tambahnya, beliau mendapat tahu bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini kerana mereka telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Ini jelas kata beliau sifat kerajaan negeri Selangor yang mengutamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang. PKR sekali lagi menzalimi rakyat di Selangor. Tolak pakatan pembangkang di Selangor.
penulis: mereka tahu dekat situ ada penduduk....tapi terus menjual tanah tersebut tanpa berbincang dengan rakyat yang tinggal disitu lebih 20tahun....ini kurang ajar namanya...
sumber: blog angin perubahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment